Thursday, December 31, 2009

bye2 2009 ~ welcome 2010

lebih kurang 1 jam 15 minit ja dah nak masuk tahun baru...
tak disangka macam-macam memori yang kita dah lalui sepanjang tahun ni
da yang kenangan manis
da jugak yang kenangan masam-masam manis
da yang manis2 buah jer
da yang masam cam buah asam
da yang pahit cam peria
kesimpulannya ~ macam2 ada la


*pada sapa yang terjengok atau tersinggah atau terbaca atau terklik pada blog aku nii; korang dikehendaki wat penilaian sendiri tentang post niii...?*

Sunday, November 22, 2009

belajar rajin2 tau

setelah bermulanya cuti sekolah yang sering ditunggu2 oleh pelajar, ibu bapa dan guru, segala peancangan telah dibuat. ada yang merancang nak menamatkan zaman bujang, ada yang rancang nak g jalan2, ada yang merancang untuk duduk saja kat umah dan menambahkan lemak dibadan..





aku....


telah ditetapkan sepanjang cuti persekolahan ni, aku kena masuk belajar balik. owh...penat kat sekolah pun belum habis, rehat pun x sempat, ni dah kena belajar plak..tapi nak buat macam mana nilah tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bergelar seorang guru...inilah jadual kami bermula dari pukul 7.45 dan berakhir pada pukul 6 petang...





p/s: maaf pic tidak jelas

Friday, November 20, 2009

salahkah aku?

lumrah kehidupan manusia yang sukar untuk melihat kesalahan dan kelemahan diri sendiri, namun segala keburukan orang lain akan dijadikan bahan kritikan dan persendaan,



p/s: tahniah kepada semua calon-calon UPSR yang telah berjaya dengan cemerlang, ingatlah bahawa tanggungjawab yang kamu perlu pikul makin sukar, berusahalah dan terus berusaha..

Tuesday, November 17, 2009

luahan perasaan @ perasan?

tetiba ja hari ni aku rasa cam jadi kaunselor la plak, dua orang telah meluahkan perasaan mereka kepada aku, nape dalam banyak2 org aku jadi tempat org meluahan perasaan, aku rasa kat muka aku ni ada gaya seorg kaunselor kot...(insyaallah kalau dimurahkan rezeki, secara automatik aku jadi perasan plak, amin....moga diperkenankan)

aku rasa dalam masalah depa ni..punca sebenaqnya adalah "salah faham"
dia nilah puncanya segala problem masalah terjadi,
kalau diselidiki asal usul before berlaku, masalahnya kecik ja tapi invironment yang menyebabkan ianya menjadi kusut masam habih..

aku nasihatkan depa ni supaya bersabar..benda dah berlaku nak betulkan pun mungkin akan menyinggung hati n perasaan org lin plak. walaupun kita dah explain bukannya nampak makin cernih tapi makin keruh nampaknya. so now, ambik langkah sabar n life must go on.

bila difikirkan balik, susah gak nak jadi kaunselor ni, tadi pun aku hampir2 menitiskan air mata, prinsip utama seorang kaunselor x boleh terikut2 dengan emosi sangat. tapi nak wat cam na? dah lumrah kejadian seorang wanita amat murah sifat simpati n belasnya...
that's whylah 'tangan yang menghayun buayan mampu menggongcangkan dunia"
(pa kaitanya peribahasa ni dgn tajuk ni aku pun x tau, maklumlah bm pun x dapat A)

Wednesday, November 11, 2009

cinta..entry muhasabah diri

syahdunya...
sejak beberapa lama internet aku kegelongan, tetiba saja malam ni ok plak
syukur alhamdullillah....

dalam aku menyelongkar ke blog2 sahabat, muslimin n muslimat
aku terdengar satu lagu yang bertajuk 'muhasabah cinta"
sungguh menyentuh kalbu bila telinga mendengar bait2 susuan liriknya
ka..aku ja yang tak dengar lagi lagu 2...(ketinggalan betul la)

jadi, aku terfikir...
cinta...
cinta sesama manusia adalah lumrah kehidupan yang allah janjikan
tapi make sure jangan ada yang melanggar batas2 syariatnya

tetapi dalam mengejar cinta manusia
jangan diabaikan cinta illahi yang tak pernah jemu mencurahkan cinta dan kasih sayang kepada hamba2nya..

Thursday, October 29, 2009

umph...argh....camnilah alhamdulillah

alhamdulillah akhirnya dah siap pun isi data
ditambah lagi dengan brodband yang 'auta' nie membuatkan sesiapa pun akan geram
nak wat post baru pun tak bleh
diharapkan mutu n perkhidmatannya akan diupgrade tuk masa2 seterusnya

Sunday, October 25, 2009

chaiyook..2x

hari nie betul2 penat setelah bertungkus lumus memerah keringat
bergotong royong kat sek..
walaupun penat tapi best sgt at least da gak program antara guru n waris
xsgmnt yg menanti untuk ditaip masih seperti dulu jgk
hanya pendahuluan..dan hari nie aku telah menambahkan jumlah perkataannya
walaupun hanya beberapa baris ayat..
hanya tinggal beberapa minggu saja ia meronta2 mntak untuk disubmitkan
insyaallah...perjuangan mesti diteruskan..
bibir terSENYUM bila ada yg LUCU,
mata MENANGIS bila hati terHIRIS,
hati MARAH bila diLUPAI,
tetapi kita gembira bila ada orang x LUPAKAN kita.

Wednesday, October 21, 2009

examination

exam...exam...exam..exam...
dari kecil lepas kenal ABC mesti kena exam..
tapi aku exam lambat agi..
sekarang nie musim exam kat sekolah aku...
start minggu depan...
lepas nie jenuh la nak menyemak kertas
minggu nie kebanyakkan cikgu bertungkus lumus tuk habiskan silibus
da gak yg tinggal wat rivision ja


ok...selamat menjalani peperiksaan akhir tahun wat sume pelajar2 ku..

p/s: masa adik aku sek rendah n time 2 exam...aku da tanya dia "adik, bleh jawab x periksa hari ni? dengan selamba dia jwb (adik aku la) "bukan jawab, tulis la'...sambil tercengang2 aku rasa cam nak ketuk ja kepala budak nie...

Sunday, October 11, 2009

epal, jodoh & wanita?

Penyanyi: wali Band
tajuk: Cari Jodoh
Aku da baca blog “inspirasiku” pasal lagu ni…memang best video klip dia..
(pompuan yg last 2 cam muka rita rudaini la)…kat mata aku la…nampak macam
Lagu nilah aku selalu dgq da org dok karoke kat atas umah aku
Satu blok pun leh dgq dia nyanyi…apa dia inggat dia dok kat atas pokok ka?
Ni pangsapuri la…da org, klu atas pokok pun hewan pun tension dgq dia
B’karoke…(sian sapa jadi housemate dia)..

“wanita ibarat epal, epal yg tak berkualiti amat senang diperolehi kerana
Ia berguguran di tanah, tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak.
Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau kenapa diriku
Blum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan
diri meyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya talah Allah jadikan begitu tinggi
martabatnya hingga tak dak siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar2
hebat saja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi diakhirat? Biarlah jodoh bukan didunia
asalkan cinta illahi mengiringi…….”
p/s: kata-kata ni da sorg member bg kat aku...
time 2 dia baru frust dgn p.we dia.

Sunday, October 4, 2009

SEBAB WHY AKU JD CIKGU & BUKANNYA………….

  • Kecik2 lg masa dlm kandungan mak aku, parents aku nak aku jd cikgu
  • Time sek ren, aku suka main cikgu2 dengan kawan2 aku, suka sangat bila nak rite buku.
  • Bila nak tulis dlm buku rekod sek rendah, cikgu Tanya cita2 nak jadi pa? dengan bangganya aku menjawab “GURU”.(my be sume kengkawan aku sume nak jd cikgu kot, 2 yg aku pun nak jd cikgu)
  • Lepas STPM pun aku da mengajaq anak sedara aku ( tuisyen la kiranya, sebenaqnya aku dah malas tapi makcik aku suruh gak..)
  • Bila nak aply IPTA aku aply cikgu gak..tapi akhirnya aku x dak dapat coz masa STPM malas baca buku,
  • Masa bik degree kat UKM, aku bik Ijazah sarjanamuda Pengajian Islam ( Syariah) dengan pengkhususan muamalat dan kewangan Islam.(masa ni memang semangat giler nak keje kat bank, syok ooo dapat kira duit banyak..alahai..melepas jugak)
  • Dlm masa aku study degree aku bik diploma pentadbiran kehakiman & guaman Islam ( time ni plak jiwa berkobar2 tuk menjadi seorang lawyer, tambahan lepas wat praktikal kat mahkamah).
  • Setelah 3 tahu study degree n diploma kat UKM, maka dengan ini aku telah dikurniakan dengan 2 gulung scroll iaitu “IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM & DIPLOMA PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM”. Da org kata aku tamak coz sume nak bolot, tapi aku peduli apa janji aku bila konvo dpt 2 skroll (tapi yg letih kena byq lebih RM300 tuk sewa jubah konvo).
  • Lupa nak cite, lepas hbs study aku mengajar kat sek swasta kat umah aku…ni kiranya first time xperince aku sbg guru secara formal (yg dulu 2 mngajar kat umah…sambil minum the pun bleh).
  • Awal tahun 2009 aku telah bergelar guru @ cikgu @ mua’lim @ muaddib @ murabbi setelah aku aply KPLI..dan sekarang aku telah mengajar lebih kurang 8 bulan kat sek ren keb…….
  • Bestnya jd cikgu ni :
    1. Cuti banyak ( cuti sek ja banyak, tapi kalau yg kena aply 7 hari ja)
    2. Time cuti pun gaji masuk
    3. Kalau dah tua pun org panggil cikgu, klu lawyer tak dak kan…


    P/S : aku tulis entry ni coz da cikgu sek aku Tanya why hang x jadi lawyer ja..coz tuk menjadi lawyer aku hanya perlu apply wat chambering dan bik exam, maka aku akan bergelar peguam syarie..
    Namun mungkin jiwaku dengan bidang pendidikan telah sebati dari kecik lagi kot…ye lah 2

selamat hari lahir

Walaupun hari lahir mak aku dah lepas 2 hari yang lepas
Tapi aku nak wat jugak entry ni..

2 hari lepas aku call mak aku…wish happy besday
Rupa-rupanya dia tak ingat langsung besday dia
Itulah maknanya dia terlalu banyak berfikir tentang hal orang lain(kamilah tu)
Sehinggakan besday dia sendiri pun tak ingat

Dari kecik sampai dah besaq pun mak masih fikirkan pasai anak2 dia
Anak plak kadang2 bukannya nak ingatkan mak sangat, (bukan aku tau aku slalu teringat kat mak aku,
klu bleh nak dok dgn mak ja, tapi nak wat cam na kena merantau tempat orang).
Setiap minggu aku akan call mak, tapi kadang2 aku termiss jugak time aku sibuk
Bila mak yang call aku akan rasa bersalah sangat, mak akan call bila dia dah teringat kat aku coz aku x
call dia..

mak aku kuat beletiaq jugak(aku rasa sume pempuan cam 2)
tanyalah sapa pun mesti x suka dengaq beletiaq.
Ustaz aku sek men perna cite..lepas mak dia meninggal dia rindukan leteran mak dia,
Masa mak dia hidup dia pun bosan jugak dengaq mak dia beletiaq,
Jadi aku pun pegang prinsip 2lah, dengaq jalah kalau mak beletiaq 2,
Itu adalah luahan perasaan dia..
Aku pun dah mewarisi sifat tu jugak skrang ni
Bila masuk kelas ja aku mesti beletiaq kat anak murid aku,
Depa pun mesti bosan dengaq aku beletiaq dah no..

Mak..
Thanks coz telah menjaga dan mendidikku dan adik beradik yang lain
Jasamu tiada standing ganjaran dan balasan yang telah kai berikan kepadamu
Perit getirmu melahirkan dan menjaga kami dengan pelbagai kerenah dan ragam
Mak...
Selamat hari lahir yang ke 57
Semoga panjang umur dan sihat selalu

p/s: hepi besday ke 25 jugak wat "ekin' yang dok kat bachok kelantan
moga cepat2 kawen..dan menjadi seorang guru yang cemerlang didunia dan akhirat

Thursday, September 17, 2009

Hehehe….esok cuti…

Selepas mendengar brita bahawa hari jumaat cuti

Sume org tersenyum lebar

Except aku ja..coz walau pa pun brita gembira

Aku tetap balik kampung hari sabtu

Tapi best gak balik lewat, baru la terasa nak raya

Ditambah pulak jalan yang jem

Dipenenuhi oleh keta2 yang berlumba-lumba nak blk kg




p/s: Salam lebaran tuk sume, ampun maaf dipinta.

Sunday, September 13, 2009

PESTA KUIH RAYA

Hehehe
Skang nilah masanya sume orang tengah cibuk nak wat kuih raya
Ada jugak yang sekarang ni membeli kuih raya
@ mengambil kuih raya yang ditempah
Dan hal yang sama jugak berlaku kat school aku

Ada yang dah dapat tempahan kuih raya
Ada jugak yang baru nak salin resepi
Ada jugak yang dah siap beli barang kuih sejak awal puasa lagi
Ada jugak yang baru rayanya tak siap2 lagi
Walaupun dekat dua bulan dah hantar (itu aku la 2, tension betul…sabaqqq)
Kemeriahan nak sambut raya dah hebat giler dirasai
Yang paling best wat orang yang dok jauh
Syok ler nak balik raya kat kampung
Sampai da yang dah siap mintak cuti nak balik kampong
Tapi tak pa la coz yang lin sume orang area2 sini ja
Tak risau sangat nak balik


Kat umah aku ni pun dah terasa kemeriahan wat kuih raya
Sampaikan makcik aku yang jarang2 nak masak pun
Sibuk sangat nak wat kuih raya
Yang paling aku kagum 2 ialah semangatnya nak wat kuih buatan tangan sendiri
Dah la start buat kul 12 tengah malam
Sian sepupu aku terpaksa la tunggu buat jugak
Walaupun dalam perancangan kami nak wat esok ja
Tapi mengenangkan semangatnya kami pun ikut ja la
Dah la kami sume ni jenis yang “terer” buat kuih
Ya la slama ni kami jadi assistant ja
Kalau orag tengok kami beli barang kuih mesti tabik spring kat kami

Dengan semangatnya kami memulakan mengadun adunan kuih yang pertama
Selepas ditambah & dicampakkan segala jenis tepung
Maka bermulalah “peperangan” menekan kuih yang pertama
(ya la, ni baru kuih pertama, makcik aku nak wat sume 3 jenis kuih sampai kul 5pg)
Cam na tak perang, anak-anak depa ni pun sibuk kalahkan mak depa nak wat kuih
Awat? Depa ingat nak main pondok-pondok ka?
Orang nak tekan, depa nak tekan, pastu main o-som plak
Hang dah wat tadi, lani turn aku plak
Kecik2 semangat nak wat kuih, tapi bila dah besaq beli ja la, malas nak wat
(aku pun termasuk dalam kategori ni…, sehari sblm raya baru blk kg..hehehe alas an sebenaqnya)

Ok, setelah adunan pertama dimasukkan kedlm peti….oven la
Setelah beberapa minit…dengan senyum manis mak cik aku kata
“kuih kita kembang sampai dah tak Nampak bunga” tapi……sedap
Tapi itu tak memusnhkan semangat kami…kami teruskan usaha yang murni & telus ini
Akhirnya, adunan ketiga barulah kuih kami berhasil sampai ke jalan yang betul..(dah jadi dah)
Tapi….itu sume depa yang wat, aku Cuma jadi pemerhati berhemat ja
Mata aku dah makin kecik…(ngantok la 2), maka tepat kul tiga aku pun beradu la atas toto
Aku tak tau la depa wat sampai kul berapa coz aku dah letih sangat..
Sebenaqnya pada siang hari kami p kulim beli barang, tu la pasal aku ngntuk sgt


Dah la no…
Penat la taip..
Aku nak puji la sikap :
- Makcik : sangat bersemangat dalam sesuatu kerja yang dilakukan, akan diusahakan sampai berjaya
- Cousin : seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar, sampaikan makcik aku ajak wat sampai kul 5 pun dia tetap tekun.
- Assistant (budak-budak 2 la) : memang kelam kabut dengan hampa sume ni, kuih yang tak jadi pun habis depa ni makan..
- Aku : wah,wah seorang pemerhati yang cool, (aku tolong adun jugak tau)

Friday, September 4, 2009

POSA & XTVTI SAMPINGAN

Dengan cedihnya aku mulakan sesi kerja yg baru
Ye la baru ja blk dr kg..
Memang r x dak mood nak keja
Tp bila dah sampai tempat kerja, sumenya ok je
Kadang2 rasa cam x best kat tempat keja coz asyik2 kena bahasakan dgn ‘kakak’
Kesayanganku jer.. sebenanya best jgk cam gitu. Ceria n happening jer
Yg bestnya.. wlupun bulan posa kami still ada aktiviti yg akan dibuat..
Klu bulan x pose kami akan wat podluk (x tau la betul ke x aku eja, dah org sebut aku pun ikut je la)
Macam2 dah dirancang tuk penuhkan aktiviti kami
Bila kat sini rasa cam satu famly coz sumenye sporting habis..
But kami still x lupa tuk wat tadarus tuk pelajar2 wlupn tuk kami x sempat nak wat
Tp yg bestnye klu bulan pose kami balik awai skit jer…x cam selalu dekat nak mlm baru blk
& yg paling syok bila time nak blk jer sume org kalut nak blk
Ye la depa sume dah tawin..kena la blk masak..dan aku…wlupun x tawin lg kalut jgk nak blk…saja la nak wat kalut2 sama dgn depa sume…

Tuesday, August 25, 2009

?????

sbnqnya skrg ni aku betoi2 dah x tau nak wat post yg baru
tp aku tulis jgk la...(wlupun x tau nak tls pa)

kdg2 aku rasa cam syok sendri pun ada..
sendri tulis n sendri jgk yg baca..
biaq p la nak kata pa pun

"it's me @ hazihi ana....."

Monday, August 17, 2009

SaLam RAmaDHan.......

ramadhan bakal tiba beberapa hari lagi.....
namun sudahkah kita menyiapkan diri kita dengan kedatangannya
mungkin bagi sesetengah orang telah menyiapkan baju raya
ini termasuklah aku jgk... (siap dah tempah baju raya cz takut sat g x dan
siap)

tp yang menyedihkan....
cuti ramadhan ini aku x balik kampung cz kena masuk maktab
sedihkan...
tapi x pa demi azam dan tekad untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang
di dunia dan akhirat aku tabahkan hati jgk...

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalupenting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan
orang."

hiiiiiiiiiiiiiii

yahooooooooooo
i'm here now