Sunday, September 13, 2009

PESTA KUIH RAYA

Hehehe
Skang nilah masanya sume orang tengah cibuk nak wat kuih raya
Ada jugak yang sekarang ni membeli kuih raya
@ mengambil kuih raya yang ditempah
Dan hal yang sama jugak berlaku kat school aku

Ada yang dah dapat tempahan kuih raya
Ada jugak yang baru nak salin resepi
Ada jugak yang dah siap beli barang kuih sejak awal puasa lagi
Ada jugak yang baru rayanya tak siap2 lagi
Walaupun dekat dua bulan dah hantar (itu aku la 2, tension betul…sabaqqq)
Kemeriahan nak sambut raya dah hebat giler dirasai
Yang paling best wat orang yang dok jauh
Syok ler nak balik raya kat kampung
Sampai da yang dah siap mintak cuti nak balik kampong
Tapi tak pa la coz yang lin sume orang area2 sini ja
Tak risau sangat nak balik


Kat umah aku ni pun dah terasa kemeriahan wat kuih raya
Sampaikan makcik aku yang jarang2 nak masak pun
Sibuk sangat nak wat kuih raya
Yang paling aku kagum 2 ialah semangatnya nak wat kuih buatan tangan sendiri
Dah la start buat kul 12 tengah malam
Sian sepupu aku terpaksa la tunggu buat jugak
Walaupun dalam perancangan kami nak wat esok ja
Tapi mengenangkan semangatnya kami pun ikut ja la
Dah la kami sume ni jenis yang “terer” buat kuih
Ya la slama ni kami jadi assistant ja
Kalau orag tengok kami beli barang kuih mesti tabik spring kat kami

Dengan semangatnya kami memulakan mengadun adunan kuih yang pertama
Selepas ditambah & dicampakkan segala jenis tepung
Maka bermulalah “peperangan” menekan kuih yang pertama
(ya la, ni baru kuih pertama, makcik aku nak wat sume 3 jenis kuih sampai kul 5pg)
Cam na tak perang, anak-anak depa ni pun sibuk kalahkan mak depa nak wat kuih
Awat? Depa ingat nak main pondok-pondok ka?
Orang nak tekan, depa nak tekan, pastu main o-som plak
Hang dah wat tadi, lani turn aku plak
Kecik2 semangat nak wat kuih, tapi bila dah besaq beli ja la, malas nak wat
(aku pun termasuk dalam kategori ni…, sehari sblm raya baru blk kg..hehehe alas an sebenaqnya)

Ok, setelah adunan pertama dimasukkan kedlm peti….oven la
Setelah beberapa minit…dengan senyum manis mak cik aku kata
“kuih kita kembang sampai dah tak Nampak bunga” tapi……sedap
Tapi itu tak memusnhkan semangat kami…kami teruskan usaha yang murni & telus ini
Akhirnya, adunan ketiga barulah kuih kami berhasil sampai ke jalan yang betul..(dah jadi dah)
Tapi….itu sume depa yang wat, aku Cuma jadi pemerhati berhemat ja
Mata aku dah makin kecik…(ngantok la 2), maka tepat kul tiga aku pun beradu la atas toto
Aku tak tau la depa wat sampai kul berapa coz aku dah letih sangat..
Sebenaqnya pada siang hari kami p kulim beli barang, tu la pasal aku ngntuk sgt


Dah la no…
Penat la taip..
Aku nak puji la sikap :
- Makcik : sangat bersemangat dalam sesuatu kerja yang dilakukan, akan diusahakan sampai berjaya
- Cousin : seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar, sampaikan makcik aku ajak wat sampai kul 5 pun dia tetap tekun.
- Assistant (budak-budak 2 la) : memang kelam kabut dengan hampa sume ni, kuih yang tak jadi pun habis depa ni makan..
- Aku : wah,wah seorang pemerhati yang cool, (aku tolong adun jugak tau)

2 comments:

Farihah Ahmad said...

Aku xpuji pon??

Wes, raya ni may la umah aku...

syauqahwardah1209 said...

salam ziarah...

xsbr nk balik kmpung...

salam lebaran...:)