alhamdulillah akhirnya dah siap pun isi data
ditambah lagi dengan brodband yang 'auta' nie membuatkan sesiapa pun akan geram
nak wat post baru pun tak bleh
diharapkan mutu n perkhidmatannya akan diupgrade tuk masa2 seterusnya
Thursday, October 29, 2009
umph...argh....camnilah alhamdulillah
Posted by shairoh mohamad at 8:19 AM 3 comments
Labels: aqu
Sunday, October 25, 2009
chaiyook..2x
mata MENANGIS bila hati terHIRIS,
hati MARAH bila diLUPAI,
tetapi kita gembira bila ada orang x LUPAKAN kita.
Posted by shairoh mohamad at 10:45 AM 3 comments
Labels: aqu
Wednesday, October 21, 2009
examination
exam...exam...exam..exam...
dari kecil lepas kenal ABC mesti kena exam..
tapi aku exam lambat agi..
sekarang nie musim exam kat sekolah aku...
start minggu depan...
lepas nie jenuh la nak menyemak kertas
minggu nie kebanyakkan cikgu bertungkus lumus tuk habiskan silibus
da gak yg tinggal wat rivision ja
ok...selamat menjalani peperiksaan akhir tahun wat sume pelajar2 ku..
p/s: masa adik aku sek rendah n time 2 exam...aku da tanya dia "adik, bleh jawab x periksa hari ni? dengan selamba dia jwb (adik aku la) "bukan jawab, tulis la'...sambil tercengang2 aku rasa cam nak ketuk ja kepala budak nie...
Posted by shairoh mohamad at 4:10 PM 2 comments
Labels: skooll
Sunday, October 11, 2009
epal, jodoh & wanita?
Aku da baca blog “inspirasiku” pasal lagu ni…memang best video klip dia..
(pompuan yg last 2 cam muka rita rudaini la)…kat mata aku la…nampak macam
Lagu nilah aku selalu dgq da org dok karoke kat atas umah aku
Satu blok pun leh dgq dia nyanyi…apa dia inggat dia dok kat atas pokok ka?
Ni pangsapuri la…da org, klu atas pokok pun hewan pun tension dgq dia
B’karoke…(sian sapa jadi housemate dia)..
“wanita ibarat epal, epal yg tak berkualiti amat senang diperolehi kerana
Ia berguguran di tanah, tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak.
Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau kenapa diriku
Blum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan
diri meyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya talah Allah jadikan begitu tinggi
martabatnya hingga tak dak siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar2
hebat saja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi diakhirat? Biarlah jodoh bukan didunia
asalkan cinta illahi mengiringi…….”
Posted by shairoh mohamad at 8:08 AM 5 comments
Labels: part-ner
Sunday, October 4, 2009
SEBAB WHY AKU JD CIKGU & BUKANNYA………….
- Kecik2 lg masa dlm kandungan mak aku, parents aku nak aku jd cikgu
- Time sek ren, aku suka main cikgu2 dengan kawan2 aku, suka sangat bila nak rite buku.
- Bila nak tulis dlm buku rekod sek rendah, cikgu Tanya cita2 nak jadi pa? dengan bangganya aku menjawab “GURU”.(my be sume kengkawan aku sume nak jd cikgu kot, 2 yg aku pun nak jd cikgu)
- Lepas STPM pun aku da mengajaq anak sedara aku ( tuisyen la kiranya, sebenaqnya aku dah malas tapi makcik aku suruh gak..)
- Bila nak aply IPTA aku aply cikgu gak..tapi akhirnya aku x dak dapat coz masa STPM malas baca buku,
- Masa bik degree kat UKM, aku bik Ijazah sarjanamuda Pengajian Islam ( Syariah) dengan pengkhususan muamalat dan kewangan Islam.(masa ni memang semangat giler nak keje kat bank, syok ooo dapat kira duit banyak..alahai..melepas jugak)
- Dlm masa aku study degree aku bik diploma pentadbiran kehakiman & guaman Islam ( time ni plak jiwa berkobar2 tuk menjadi seorang lawyer, tambahan lepas wat praktikal kat mahkamah).
- Setelah 3 tahu study degree n diploma kat UKM, maka dengan ini aku telah dikurniakan dengan 2 gulung scroll iaitu “IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM & DIPLOMA PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM”. Da org kata aku tamak coz sume nak bolot, tapi aku peduli apa janji aku bila konvo dpt 2 skroll (tapi yg letih kena byq lebih RM300 tuk sewa jubah konvo).
- Lupa nak cite, lepas hbs study aku mengajar kat sek swasta kat umah aku…ni kiranya first time xperince aku sbg guru secara formal (yg dulu 2 mngajar kat umah…sambil minum the pun bleh).
- Awal tahun 2009 aku telah bergelar guru @ cikgu @ mua’lim @ muaddib @ murabbi setelah aku aply KPLI..dan sekarang aku telah mengajar lebih kurang 8 bulan kat sek ren keb…….
- Bestnya jd cikgu ni :
1. Cuti banyak ( cuti sek ja banyak, tapi kalau yg kena aply 7 hari ja)
2. Time cuti pun gaji masuk
3. Kalau dah tua pun org panggil cikgu, klu lawyer tak dak kan…
P/S : aku tulis entry ni coz da cikgu sek aku Tanya why hang x jadi lawyer ja..coz tuk menjadi lawyer aku hanya perlu apply wat chambering dan bik exam, maka aku akan bergelar peguam syarie..
Namun mungkin jiwaku dengan bidang pendidikan telah sebati dari kecik lagi kot…ye lah 2
Posted by shairoh mohamad at 6:14 PM 6 comments
Labels: my own story
selamat hari lahir
Walaupun hari lahir mak aku dah lepas 2 hari yang lepas
Tapi aku nak wat jugak entry ni..
2 hari lepas aku call mak aku…wish happy besday
Rupa-rupanya dia tak ingat langsung besday dia
Itulah maknanya dia terlalu banyak berfikir tentang hal orang lain(kamilah tu)
Sehinggakan besday dia sendiri pun tak ingat
Dari kecik sampai dah besaq pun mak masih fikirkan pasai anak2 dia
Anak plak kadang2 bukannya nak ingatkan mak sangat, (bukan aku tau aku slalu teringat kat mak aku,
klu bleh nak dok dgn mak ja, tapi nak wat cam na kena merantau tempat orang).
Setiap minggu aku akan call mak, tapi kadang2 aku termiss jugak time aku sibuk
Bila mak yang call aku akan rasa bersalah sangat, mak akan call bila dia dah teringat kat aku coz aku x
call dia..
mak aku kuat beletiaq jugak(aku rasa sume pempuan cam 2)
tanyalah sapa pun mesti x suka dengaq beletiaq.
Ustaz aku sek men perna cite..lepas mak dia meninggal dia rindukan leteran mak dia,
Masa mak dia hidup dia pun bosan jugak dengaq mak dia beletiaq,
Jadi aku pun pegang prinsip 2lah, dengaq jalah kalau mak beletiaq 2,
Itu adalah luahan perasaan dia..
Aku pun dah mewarisi sifat tu jugak skrang ni
Bila masuk kelas ja aku mesti beletiaq kat anak murid aku,
Depa pun mesti bosan dengaq aku beletiaq dah no..
Mak..
Thanks coz telah menjaga dan mendidikku dan adik beradik yang lain
Jasamu tiada standing ganjaran dan balasan yang telah kai berikan kepadamu
Perit getirmu melahirkan dan menjaga kami dengan pelbagai kerenah dan ragam
Mak...
Selamat hari lahir yang ke 57
Semoga panjang umur dan sihat selalu
p/s: hepi besday ke 25 jugak wat "ekin' yang dok kat bachok kelantan
moga cepat2 kawen..dan menjadi seorang guru yang cemerlang didunia dan akhirat
Posted by shairoh mohamad at 3:40 PM 2 comments
Labels: special day