Sunday, November 22, 2009

belajar rajin2 tau

setelah bermulanya cuti sekolah yang sering ditunggu2 oleh pelajar, ibu bapa dan guru, segala peancangan telah dibuat. ada yang merancang nak menamatkan zaman bujang, ada yang rancang nak g jalan2, ada yang merancang untuk duduk saja kat umah dan menambahkan lemak dibadan..





aku....


telah ditetapkan sepanjang cuti persekolahan ni, aku kena masuk belajar balik. owh...penat kat sekolah pun belum habis, rehat pun x sempat, ni dah kena belajar plak..tapi nak buat macam mana nilah tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bergelar seorang guru...inilah jadual kami bermula dari pukul 7.45 dan berakhir pada pukul 6 petang...





p/s: maaf pic tidak jelas

Friday, November 20, 2009

salahkah aku?

lumrah kehidupan manusia yang sukar untuk melihat kesalahan dan kelemahan diri sendiri, namun segala keburukan orang lain akan dijadikan bahan kritikan dan persendaan,



p/s: tahniah kepada semua calon-calon UPSR yang telah berjaya dengan cemerlang, ingatlah bahawa tanggungjawab yang kamu perlu pikul makin sukar, berusahalah dan terus berusaha..

Tuesday, November 17, 2009

luahan perasaan @ perasan?

tetiba ja hari ni aku rasa cam jadi kaunselor la plak, dua orang telah meluahkan perasaan mereka kepada aku, nape dalam banyak2 org aku jadi tempat org meluahan perasaan, aku rasa kat muka aku ni ada gaya seorg kaunselor kot...(insyaallah kalau dimurahkan rezeki, secara automatik aku jadi perasan plak, amin....moga diperkenankan)

aku rasa dalam masalah depa ni..punca sebenaqnya adalah "salah faham"
dia nilah puncanya segala problem masalah terjadi,
kalau diselidiki asal usul before berlaku, masalahnya kecik ja tapi invironment yang menyebabkan ianya menjadi kusut masam habih..

aku nasihatkan depa ni supaya bersabar..benda dah berlaku nak betulkan pun mungkin akan menyinggung hati n perasaan org lin plak. walaupun kita dah explain bukannya nampak makin cernih tapi makin keruh nampaknya. so now, ambik langkah sabar n life must go on.

bila difikirkan balik, susah gak nak jadi kaunselor ni, tadi pun aku hampir2 menitiskan air mata, prinsip utama seorang kaunselor x boleh terikut2 dengan emosi sangat. tapi nak wat cam na? dah lumrah kejadian seorang wanita amat murah sifat simpati n belasnya...
that's whylah 'tangan yang menghayun buayan mampu menggongcangkan dunia"
(pa kaitanya peribahasa ni dgn tajuk ni aku pun x tau, maklumlah bm pun x dapat A)

Wednesday, November 11, 2009

cinta..entry muhasabah diri

syahdunya...
sejak beberapa lama internet aku kegelongan, tetiba saja malam ni ok plak
syukur alhamdullillah....

dalam aku menyelongkar ke blog2 sahabat, muslimin n muslimat
aku terdengar satu lagu yang bertajuk 'muhasabah cinta"
sungguh menyentuh kalbu bila telinga mendengar bait2 susuan liriknya
ka..aku ja yang tak dengar lagi lagu 2...(ketinggalan betul la)

jadi, aku terfikir...
cinta...
cinta sesama manusia adalah lumrah kehidupan yang allah janjikan
tapi make sure jangan ada yang melanggar batas2 syariatnya

tetapi dalam mengejar cinta manusia
jangan diabaikan cinta illahi yang tak pernah jemu mencurahkan cinta dan kasih sayang kepada hamba2nya..