Sunday, February 7, 2010

baru lepas 3 minggu....

sedar tak sedar dah tiga minggu aku praktikum..
sepanjang 3 minggu ni macam2 dah aku lalui
observe pun dah kena..
dalam kesibukan persediaan praktikum, tidak dilupakan juga kerja2 sekolah yang nak disiapkan, betullah cakap p.ramli dalam cita "pendekar bujang lapuk"

"cobaan......"

inilah pengorbanan namanya, dah dekat sebulan x balik kampung n dah dekat sebulan lebih elaun x masuk..memang sengsaranya..

namun aku amat bertuah coz famly n friend banyak support..

ok..ni ja yang dapat diupdate..nanti lalin kali aku cite gelagat student tahun 1 kat sekolah aku yang macam2 feel...

Saturday, January 16, 2010

~debarankianterasa~

bermula hari isnin ni aku kena menjalani praktikum selama 12 minggu...so dlm beberapa month ni kena la menyibukkan diri tuk praktikum, dalam masa yg sama gak..kena wat preparation tuk hari merentas desa dan sukan sekolah,tapi aku amat berterima kasih kpd senior2 yang banyak tolong untuk preparation ni...jasa kalian amatlah dihargai.

namun syukur aku praktikum sekolah yg sama coz kita dah tahu selok belok sekolah tu dah, macam2 perasaan da tuk praktikum ni...moga2 segalanya berjalan dgn lancar

Sunday, January 3, 2010

" kesilapan seorang doktor mungkin menghilangkan satu nyawa...








tetapi...





kesilapan seorang pendidik akan merosakkan satu generasi"

Thursday, December 31, 2009

bye2 2009 ~ welcome 2010

lebih kurang 1 jam 15 minit ja dah nak masuk tahun baru...
tak disangka macam-macam memori yang kita dah lalui sepanjang tahun ni
da yang kenangan manis
da jugak yang kenangan masam-masam manis
da yang manis2 buah jer
da yang masam cam buah asam
da yang pahit cam peria
kesimpulannya ~ macam2 ada la


*pada sapa yang terjengok atau tersinggah atau terbaca atau terklik pada blog aku nii; korang dikehendaki wat penilaian sendiri tentang post niii...?*

Sunday, November 22, 2009

belajar rajin2 tau

setelah bermulanya cuti sekolah yang sering ditunggu2 oleh pelajar, ibu bapa dan guru, segala peancangan telah dibuat. ada yang merancang nak menamatkan zaman bujang, ada yang rancang nak g jalan2, ada yang merancang untuk duduk saja kat umah dan menambahkan lemak dibadan..





aku....


telah ditetapkan sepanjang cuti persekolahan ni, aku kena masuk belajar balik. owh...penat kat sekolah pun belum habis, rehat pun x sempat, ni dah kena belajar plak..tapi nak buat macam mana nilah tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bergelar seorang guru...inilah jadual kami bermula dari pukul 7.45 dan berakhir pada pukul 6 petang...





p/s: maaf pic tidak jelas

Friday, November 20, 2009

salahkah aku?

lumrah kehidupan manusia yang sukar untuk melihat kesalahan dan kelemahan diri sendiri, namun segala keburukan orang lain akan dijadikan bahan kritikan dan persendaan,



p/s: tahniah kepada semua calon-calon UPSR yang telah berjaya dengan cemerlang, ingatlah bahawa tanggungjawab yang kamu perlu pikul makin sukar, berusahalah dan terus berusaha..